Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia petakan genom virus hidupan liar bagi perkukuh persediaan pandemik 
  • GLOBAL

Indonesia petakan genom virus hidupan liar bagi perkukuh persediaan pandemik 

Utusan Sarawak 2 hours ago
INDONESIA petakan genom virus hidupan liar bagi perkukuh persediaan pandemik. Foto hiasan.

JAKARTA: Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN) Indonesia sedang memetakan profil genetik virus yang terdapat pada hidupan liar yang diperdagangkan di Sulawesi Utara bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit yang berpotensi mencetuskan pandemik, lapor Xinhua.

Projek yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Persediaan Penyakit Australia itu kini memasuki tahun kedua dan memberi tumpuan kepada pengawasan genomik virus daripada keluarga Coronaviridae, Orthomyxoviridae, dan Paramyxoviridae yang ditemukan pada kelawar, tikus serta burung.

“Projek ini merupakan langkah progresif bagi BRIN untuk memudahkan pemindahan pengetahuan dan menyelaraskannya dengan piawaian penyelidikan global,” kata Andes Hamuraby Rozak, ketua Organisasi Penyelidikan Sains Hayat dan Alam Sekitar BRIN pada Isnin.

Kedua-dua pihak turut mengesahkan protokol makmal dan memperluas penggunaan teknologi penjujukan generasi baharu bagi menambah baik pemantauan serta pencirian virus.

BRIN menyatakan bahawa hasil penemuan tersebut dijangka dapat menyokong pembangunan sistem amaran awal bagi penyakit zoonotik dan memperkukuh keselamatan kesihatan serantau. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Penyelamat jumpa laluan baharu pencarian dua pelombong di gua, Laos 
Next: Bangladesh naikkan harga bahan api sekali lagi 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.