Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia catat rekod dunia bagi persembahan angklung terbesar
  • GLOBAL

Indonesia catat rekod dunia bagi persembahan angklung terbesar

Utusan Sarawak 2 years ago
PERSEMBAHAN muzik angklung terbesar membabitkan 15,110 peserta yang diadakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta, Sabtu lalu. FOTO AFP

JAKARTA: Indonesia mencatat Rekod Dunia Guinness bagi persembahan muzik angklung terbesar melibatkan 15,110 peserta yang diadakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta, petang kelmarin, lapor Agensi Berita ANTARA.

Persiapan untuk persembahan itu dibuat sejak Oktober 2022 dengan sokongan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi.

“Angklung merupakan warisan budaya Indonesia yang diiktiraf oleh UNESCO sejak 2010 dan mengajar nilai-nilai baik dalam pendidikan karakter yang harus dijaga dan diwarisi kepada generasi berikutnya,” kata Pengarah Filem, Muzik dan Media Kementerian itu, Ahmad Mahendra di sini, malam tadi.

Mahendra berkata, pihaknya membantu menyediakan 20,060 unit angklung dan mengagihkannya kepada 381 kumpulan angklung yang disertai 40 peserta setiap kumpulan.

Kementerian itu bekerjasama dengan pusat seni Saung Angklung Udjo (SAU) untuk persembahan itu, di mana kedua-duanya merancang konsep muzik dan memberikan latihan angklung kepada semua peserta.

“Selain dilatih secara langsung oleh pasukan SAU, kami melibatkan 182 penyelia untuk mengikuti latihan bebas setiap kumpulan,” katanya.

Peserta persembahan angklung terbesar di dunia itu berasal dari pelbagai lapisan masyarakat, seperti Organisasi Aksi Solidariti untuk Era Kabinet Indonesia yang Maju (OASE KIM), sekolah menengah dan lain-lain.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Timbalan Presiden Ma’ruf Amin turut menyaksikan acara tersebut. – Bernama – ANTARA

Continue Reading

Previous: Arab Saudi tawar e-visa kepada lapan lagi negara
Next: Lebih 4 juta penduduk di Sudan hilang tempat tinggal – PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.