Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • India naikkan harga LPG komersial, bahan api jet susulan tekanan bekalan
  • GLOBAL

India naikkan harga LPG komersial, bahan api jet susulan tekanan bekalan

Utusan Sarawak 15 hours ago
GAMBAR hiasan.

NEW DELHI: India hari ini menaikkan harga gas petroleum cecair (LPG) komersial dan bahan api jet bagi syarikat penerbangan antarabangsa, menurut syarikat tenaga milik kerajaan, susulan tekanan bekalan akibat perang Iran yang semakin memuncak.

Negara Asia Selatan itu sangat bergantung kepada import tenaga, termasuk kira-kira 60 peratus bekalan LPG, bahan api yang digunakan untuk memasak oleh sebahagian besar penduduknya — yang terbesar di dunia.

Sejak import terganggu berikutan perang di Asia Barat yang bermula pada akhir Februari, New Delhi telah mengambil langkah memastikan bekalan kepada isi rumah dan sektor penting mencukupi, menyebabkan banyak restoran, pengilang dan loji jana kuasa terkesan.

Kerajaan menegaskan India tidak berdepan kekurangan bahan api secara keseluruhan.

“Harga silinder LPG pukal dan komersial telah disemak semula,” kata Indian Oil Corporation Limited (IOCL), syarikat pemasaran tenaga terbesar negara itu.

Carta harga IOCL menunjukkan kenaikan sebanyak 993 rupee (AS$10.50) bagi silinder LPG seberat 19 kilogram untuk kegunaan komersial.

Kenaikan itu bersamaan hampir 48 peratus di ibu negara, New Delhi, dengan kadar berbeza mengikut bandar disebabkan cukai tempatan.

Kenaikan mendadak ini dijangka memberi kesan besar kepada restoran, yang sebahagiannya sudah mengurangkan operasi susulan konflik di Asia Barat.

Syarikat minyak itu turut memaklumkan harga bahan api jet untuk operasi penerbangan antarabangsa juga telah “diselaraskan ke atas”.

Bahan api turbin penerbangan (ATF) meningkat kira-kira lima peratus di Delhi, menurut katalog IOCL. – AFP

Continue Reading

Previous: Kebakaran hutan di Tuscany: 3,500 dipindahkan, lebih 800 hektar musnah
Next: Jalan ‘paling cantik’ di Australia jadi tular, penduduk tempatan semakin jemu dan marah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.