Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jalan ‘paling cantik’ di Australia jadi tular, penduduk tempatan semakin jemu dan marah
  • GLOBAL

Jalan ‘paling cantik’ di Australia jadi tular, penduduk tempatan semakin jemu dan marah

Utusan Sarawak 2 hours ago
GAMBAR ini diambil pada 27 April 2026 menunjukkan pelancong melawat sebuah jalan di Gerringong, kira-kira dua jam pemanduan ke selatan Sydney. Foto AFP

GERRINGONG, Australia: Siaran tular mengenai sebuah jalan di Australia yang digelar ‘paling cantik’ di negara itu telah menarik kehadiran pelancong dalam jumlah yang besar ke sebuah bandar tepi laut yang indah, sehingga penduduk tempatan mula hilang sabar.

Hanya dua jam pemanduan ke selatan Sydney, Gerringong menyerupai banyak lagi perkampungan fotogenik di sepanjang pantai timur Australia, dengan hartanah bernilai jutaan dolar berlatarkan pemandangan laut biru menakjubkan.

Namun, hantaran terkini di Instagram, TikTok serta platform RedNote dari China memaparkan Tasman Drive di bandar itu telah mencetuskan kemarahan penduduk apabila kawasan kecil yang damai itu kini menjadi sensasi di internet.

“Ini sudah melampaui batas untuk sebuah bandar kecil,” kata Peter Hainsworth, 81, kepada AFP ketika pelancong bermain di bukit beralun berhampiran.

SEORANG penduduk tempatan berjalan bersama anjing peliharaannya di sebuah jalan di Gerringong, kira-kira dua jam pemanduan ke selatan Sydney. Foto AFP

“Orang ramai cuba membuat pusingan tiga titik, mereka berdiri di tengah jalan untuk mengambil gambar, mereka meninggalkan sampah.

“Semua orang sudah jemu.”

Kebimbangan terhadap pelancongan berlebihan telah mencetuskan reaksi di banyak destinasi popular dunia, termasuk bandar di Eropah seperti Barcelona dan Venice, serta Jepun, apabila pihak berkuasa memasang penghadang pada 2024 bagi menghalang pemandangan popular Gunung Fuji akibat tingkah laku pelancong yang mengganggu.

Beberapa penduduk Gerringong telah mengambil langkah drastik, termasuk memasang penyembur air taman bagi menghalang pelancong daripada merakam gambar di halaman rumah mereka.

Ada juga yang menubuhkan jawatankuasa untuk menuntut jalan tersebut dijadikan jalan sehala dalam usaha bagi menghentikan aliran kenderaan yang tidak putus-putus memperlahankan lalu lintas sambil merakam pemandangan tular itu.

PELANCONG mengambil gambar dari dalam kereta mereka ketika memasuki sebuah jalan di Gerringong, kira-kira dua jam pemanduan ke selatan Sydney. Foto AFP

Seorang jiran dilaporkan telah menjual rumahnya bagi mengelakkan keadaan tersebut.

“Seronok melihat orang menikmati tempat ini, tetapi sebenarnya ia sudah terlalu berlebihan,” kata penduduk Linda Bruce, 76, kepada AFP di sebuah bukit berhampiran pemandangan tular itu.

“Agak pelik melihat begitu ramai orang datang sejauh ini hanya untuk pemandangan ini.”

Disebabkan capaian siaran yang mencecah jutaan tontonan, pelancong kini datang dari seluruh Asia — sesuatu yang ‘tidak biasa’ di Gerringong, kata Bruce.

“Negara ini memang cantik dan sepatutnya dikongsi tetapi ia sudah terlalu banyak untuk penduduk tempatan.” – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: India naikkan harga LPG komersial, bahan api jet susulan tekanan bekalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.