Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Indahnya air terjun GIAM KLIMAU
  • TEMPATAN

Indahnya air terjun GIAM KLIMAU

Utusan Sarawak 5 years ago
RAMAI… Orang ramai yang berkunjung ke air terjun Giam Klimau dekat Niah untuk menikmati keindahan alam semulajadinya.

NIAH : Masyarakat setempat digalakkan mengunjungi dan beriadah di kawasan air terjun Giam Klimau di sini dan mempromosikannya kepada orang luar dari Bahagian Miri.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Dato Sebastian Ting Siew Yew berkata kawasan air terjun itu selain memiliki pemandangan yang indah dan mudah dikunjungi juga sesuai dijadikan tempat beriadah.

“Air terjun itu sangat indah dan bersih, rugi jika orang tempatan tidak berkunjung ke sini untuk menikmati keindahan semulajadinya,” katanya semasa ditemui di air terjun Giam Klimau dekat sini semalam.

“Orang kita (Miri) wajib datang ke sini untuk menikmati alam semulajadi dengan wujudnya keindahan flona dan flora, udara segar serta air terjun yang sejuk.

“Bagaimanapun, mereka yang berkunjung ke sini dinasihati sentiasa berhati-hati kerana terdapat beberapa bahagian batu yang licin,” jelasnya

Selain itu, beliau berkata, perkara diutamakan pengunjung semasa berada di situ ialah menjaga kebersihan untuk melindungi alam semulajadi kekal indah bagi menarik lebih ramai pelancong luar datang.

Air terjun Giam Klimau terletak di dalam sebuah ladang sawit di Jalan Miri/Bintulu dan jarak perjalanan dari Miri ke situ ialah 90 kilometer dan mengambil masa hampir dua jam.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Buka akaun bank untuk mudahkan pembayaran
Next: PKPP: Masih ramai abai SOP?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.