Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • IMF lulus biaya AS$1 bilion untuk Pakistan
  • GLOBAL

IMF lulus biaya AS$1 bilion untuk Pakistan

Utusan Sarawak 4 hours ago
KANAK-kanak berkumpul di hadapan serpihan sebuah restoran di luar stadium kriket Rawalpindi selepas dron yang dikatakan ditembak jatuh di Rawalpindi. Foto AFP
 

NEW DELHI: Lembaga eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam meluluskan penyaluran dana sebanyak AS$1 bilion kepada Pakistan.

Kemudahan Dana Lanjutan (EFF) selama 37 bulan berjumlah AS$7 bilion untuk menyokong ekonomi Pakistan dimuktamadkan oleh IMF pada September 2024.

Menurut kenyataan IMF, lembaga eksekutifnya pada Jumaat menyelesaikan semakan pertama terhadap program pembaharuan ekonomi Pakistan yang disokong menerusi kemudahan itu.

Keputusan itu membolehkan penyaluran segera kira-kira AS$1 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah disalurkan di bawah kemudahan berkenaan kepada sekitar AS$2.1 bilion.

“Pakistan telah mencatat kemajuan penting dalam usaha memulihkan kestabilan makroekonomi meskipun berdepan persekitaran yang mencabar.

“Sejak kelulusan Kemudahan Dana Lanjutan, ekonomi terus menunjukkan pemulihan, dengan kadar inflasi menurun dengan ketara dan rizab luar meningkat secara signifikan,” kata Timbalan Pengarah Urusan IMF Nigel Clarke.

Beliau berkata dasar monetari ketat oleh Bank Negara Pakistan (SBP) memainkan peranan penting dalam menurunkan kadar inflasi ke paras terendah dalam sejarah.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menyatakan rasa puas hati atas kelulusan tranche pinjaman itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: KB rayu bantuan orang ramai berhubung kes kecurian buku Nadir
Next: Pelancong Malaysia maut jatuh dari Hotel di Phuket

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.