Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Imam Masjidil haram ingatkan orang ramai terhadap kempen Haji palsu
  • SEMASA

Imam Masjidil haram ingatkan orang ramai terhadap kempen Haji palsu

Utusan Sarawak 15 hours ago
MENGGALAS tanggungjawab sebagai petugas haji bukan sekadar satu tugasan biasa, sebaliknya ia menuntut komitmen yang tinggi, kesabaran luar biasa serta keikhlasan dalam menyantuni jutaan Tetamu Allah sepanjang musim ibadah haji. Pengalaman inilah yang dilalui oleh Pengurus Perkhidmatan Luar Tabung Haji (TH), Mohamad Zamry Mohd Noor, 60 tahun yang telah lebih 30 kali diberi kepercayaan untuk berkhidmat dalam operasi haji sejak empat dekad lalu. FOTO BERNAMA

MAKKAH: Imam Masjidil Haram Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais menekankan kepentingan aspek keselamatan dan kesejahteraan dalam pembangunan negara menerusi khutbah Jumaatnya semalam, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Beliau memberi amaran terhadap jenayah berkaitan penggodaman elektronik, penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), serta taktik perpecahan seperti penyebaran rakaman dan kenyataan palsu yang menyasarkan pemimpin dan ulama.

Al-Sudais turut menegaskan kepentingan masyarakat sentiasa berwaspada, melaporkan sebarang pelanggaran, memahami bentuk penipuan serta berwaspada terhadap kempen Haji yang menyeleweng.

Beliau memuji tahap kesedaran awam yang semakin tinggi terhadap khabar angin berunsur fitnah dan menyeru umat Islam agar tidak secara tidak sedar menjadi alat kepada musuh.

Menurutnya, kesedaran masyarakat merupakan asas utama kepada keselamatan sosial sesebuah negara.– Bernama-Spa

Continue Reading

Previous: Jemaah haji perlu aktifkan Kad Debit-i TH sebelum berangkat ke Tanah Suci
Next: Jepun anggap Malaysia rakan ASEAN, majukan tenaga bersih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.