Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Iktiraf NREP bukti Arab Saudi ambil tahu perkembangan terkini Malaysia – Anwar
  • GLOBAL

Iktiraf NREP bukti Arab Saudi ambil tahu perkembangan terkini Malaysia – Anwar

Utusan Sarawak 2 years ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Menteri Pertanian dan Penebusgunaan Tanah Mesir Mohamed El-Quseir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum berlepas pulang selepas lawatan kerja dua hari ke Mesir, hari ini. FotoBERNAMA

KAHERAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengiktirafan kerajaan Arab Saudi terhadap inisiatif Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Diperbaharui (NREP) sebagai bukti negara itu sentiasa mengikuti perkembangan Malaysia.

Beliau berkata, pengiktirafan berkenaan juga membuktikan Putera Mahkota Mohammed bin Salman tertarik dengan inisiatif yang diambil oleh Malaysia itu.

“Baginda (Putera Salman) tertarik dan mahu kerjasama kita dalam sumber tenaga boleh baharu, hidrogen, hidrogen hijau dan hal-hal yang kita sebut dalam hala tuju transisi tenaga kita.

“Saya tentu terkesan kerana nampaknya negara Arab itu ambil pandangan amat serius tentang perkembangan mutakhir di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia dalam sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir.

Dalam kenyataan bersama Malaysia dan Arab Saudi semasa lawatan kerja Anwar ke Riyadh baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi memperakui inisiatif NREP Malaysia itu sebagai langkah positif ke arah transisi kepada tenaga hijau. – Bernama

Continue Reading

Previous: Putera Mahkota Arab Saudi bantah tindakan paksa penduduk Palestin berpindah
Next: Sri Lanka beri pengecualian fi visa pelancong enam negara termasuk Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.