Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • IKEA rancang buka kedai fizikal di Sarawak
  • BISNES

IKEA rancang buka kedai fizikal di Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
PENGARAH Runcit IKEA Malaysia Malcolm Pruys pada majlis taklimat dan lawatan media di Pusat Pemenuhan IKEA, Taman Perindustrian Demak Laut, hari ini. FotoBERNAMA

KUCHING: IKEA iaitu peruncit kelengkapan rumah dari Sweden merancang untuk membuka kedai fizikal di Sarawak sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia.

Pengarah Runcit Negara Malaysia IKEA Malcolm Pruys, berkata sebagai langkah pertama, IKEA sudah melancarkan platform e-dagang pada 4 Februari, khusus untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjadikan produk keluaran syarikat itu lebih mudah diakses di seluruh negara.

“Kedai dalam talian ini adalah sejajar dengan komitmen kami bagi meneroka kaedah baharu untuk berinteraksi dengan jenama kami.

“Kami sedang menangani kebolehcapaian utama dan masalah kos yang pernah dialami pelanggan di rantau ini, menjadikan membeli-belah produk IKEA lebih mudah dan selesa,” katanya pada majlis taklimat dan lawatan media di Pusat Pemenuhan IKEA, Taman Perindustrian Demak Laut di sini, hari ini.

Pruys, berkata memandangkan inflasi kini di paras sederhana, IKEA percaya ini adalah masanya bagi peruncit untuk melabur dalam penentuan harga dan bukannya keuntungan.

“IKEA memahami bahawa orang ramai secara amnya lebih berhati-hati apabila berbelanja untuk perabot rumah.

“Jadi, dengan platform e-dagang yang dikhaskan untuk tujuan itu, IKEA memastikan pelanggan di Malaysia boleh menikmati harga mampu milik ini,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, komitmen kukuh yang ditunjukkan oleh Sarawak kepada kelestarian alam sekitar adalah sejajar dengan usaha IKEA untuk memberi kesan positif kepada orang ramai, masyarakat dan planet. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit naik 0.24 peratus berbanding dolar AS
Next: Peniaga, pembeli lebih suka ‘cashless’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.