
KUCHING: Kawasan Tebingan Sungai Kuching dimeriahkan dengan kehadiran ratusan masyarakat sekitar Kuching yang menghadiri majlis berbuka puasa ‘Iftar Perdana’.
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, orang ramai telah membanjiri kawasan Tebingan Sungai Kuching seawal 5.00 petang dengan membawa pelbagai juadah makanan dan minuman.
Program anjuran Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
Lebih menariknya, beberapa kelompok masyarakat yang menyertai program itu turut menyediakan khemah untuk dijadikan sebagai alas dan tempat berbuka puasa.
Berdasarkan tentatif program, usai berbuka puasa, turut diadakan solat Maghrib berjemaah di Masjid India.
Selepas solat tarawih, jamuan moreh turut disediakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam komuniti.
Oleh Rynna Sha’erra