Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Identiti dua mangsa maut dikenal pasti
  • TEMPATAN

Identiti dua mangsa maut dikenal pasti

Utusan Sarawak 5 years ago
MAUT… Gambar Aaron Michael Rayasgran (kiri) dan Thomas Liang (kanan) yang dikongsi warganet.

MIRI :  Identiti dua mangsa yang maut dalam insiden kecemasan Kapal MV Dayang Topaz di kedudukan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram di sini, Selasa lalu dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, kedua-dua mangsa terbabit dikenali sebagai Thomas Liang, 39, berasal dari Kanowit dan Aaron Michael Rayasgran, 35, dari Negeri Sembilan.

Katanya, identiti kedua-dua mangsa dikenal pasti selepas urusan pengecaman dilakukan dan disahkan oleh Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

“Setakat ini,proses bedah siasat kedua-dua mayat mangsa telah selesai dijalankan hari ini (semalam) dan hasilnya mendapati punca kematian dua mangsa tersebut adalah disebabkan oleh lemas,” katanya dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar 6.45 pagi, Selasa lalu, kabel sauh Kapal MV Dayang Topaz putus akibat cuaca buruk menyebabkan kapal terbabit tidak dapat dikawal lalu hanyut dan melanggar pelantar Baram B.

Detik cemas itu mendorong 125 anak kapal tersebut terjun ke laut, manakala 62 lagi berada di atas kapal tersebut.

Kejadian itu mengakibatkan dua anak kapal maut manakala 185 lagi terselamat.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Guru didesak mengajar
Next: OSEIC beri harapan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.