Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • iCats, JKR Sarawak jalin kerjasama strategik tingkat kebolehpasaran graduan
  • PENDIDIKAN

iCats, JKR Sarawak jalin kerjasama strategik tingkat kebolehpasaran graduan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JALIN KERJASAMA… Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Dr Cassidy Morris memeterai Memorandum Persefahaman (MoU). Foto Facebook Jabatan Kerja Raya Sarawak

KUCHING: Kolej Universiti i-CATS (iCats) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bagi melaksanakan pelbagai program serta latihan dalam bidang kejuruteraan dan teknikal.

iCats diwakili Naib Canselor Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi manakala JKR Sarawak diwakili pengarahnya Dr Cassidy Morris.

JKR Sarawak dalam kenyataan memaklumkan jaringan strategik itu termasuk mengadakan program latihan industri, penyelidikan bersama, pemindahan ilmu serta pembangunan kapasiti melibatkan kedua-dua bidang.

“Usaha ini dijangka dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menyumbang kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi di negeri ini.

“MoU ini menandakan permulaan kerjasama rasmi antara sebuah institusi pendidikan tinggi dengan agensi teknikal utama negeri dalam pembangunan kejuruteraan dan infrastruktur Sarawak,” menurut kenyataan itu.

JKR Sarawak memaklumkan MoU berkenaan mengukuhkan peranan iCats sebagai institusi pendidikan tinggi yang proaktif dalam menjalin kerjasama strategik demi manfaat pelajar, pihak industri dan komuniti secara keseluruhan. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 117 pelajar Hafaz al-Quran, cemerlang SPM
Next: UiTM, JKR Sarawak disaran bekerjasama dalam bidang industri pembinaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.