Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ibu pejabat MASWings akan beralih ke Sarawak
  • TEMPATAN

Ibu pejabat MASWings akan beralih ke Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun OPeng, Datuk Amar Sim Kui Hian serta yang lain bergambar bersama semasa Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak 2025 di BCCK, hari ini. Foto AFP

KUCHING: Ibu pejabat MASWings yang kini masih beroperasi di Kota Kinabalu, Sabah akan dipindahkan ke Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dengan perancangan pemindahan ini, kakitangan semasa syarikat penerbangan itu akan diberikan pilihan hala tuju mereka seterusnya.

“Sekarang ini, ibu pejabat MASWings masih lagi di Kota Kinabalu dan kita akan pindahkan ibu pejabat ini ke Sarawak, yang mana kita akan memberi pilihan kepada kakitangan semasa, sama ada mereka mahu terus berkhidmat atau mereka ada pilihan yang lain.

“Saya jangkakan perkara ini dapat diselesaikan menjelang tahun hadapan,” ujar beliau ketika ditemui pemberita semasa sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pertandingan reka cipta logo dan reka bentuk AirBorneo, Abang Johari menjelaskan bahawa ia kini masih dalam proses pemilihan.

“Saya masih lagi melihat kepada maklum balas daripada mereka yang terlibat, yang mana kita akan mengambil reka bentuk yang terbaik untuk AirBorneo.

“Selepas itu, kita akan membuat keputusan secara berperingkat,” ujar beliau lagi.

Malah, beliau sekali lagi menyifatkan pengambilan MASWings yang dijenamakan semula sebagai AirBorneo akan memantapkan lagi pertumbuhan ekonomi wilayah ini memandangkan Sarawak tidak lagi terpencil dari negara luar memandangkan jurang keterhubungannya telah dirapatkan. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tiada rakyat Sarawak terjejas di Myanmar – Abang Johari
Next: Aidilfitri strengthens the unity of all races as one big family

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.