Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibadah korban perkukuh ukhuwah, santuni asnaf di Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Ibadah korban perkukuh ukhuwah, santuni asnaf di Kabong

Utusan Sarawak 3 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menghadiri Program Ibadah Korban yang dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) dan Persatuan Anak Kabong (PAK) di dua lokasi berasingan, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan terus disemarakkan menerusi penganjuran Majlis Korban Mahabbah Ummah dan Agihan Daging Korban yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong, semalam.

Majlis anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) itu telah dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin.

Dalam program tersebut, sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan menggunakan peruntukan berjumlah RM30,000 yang disalurkan oleh ADUN Kabong bagi menjayakan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.

Hasil korban kemudiannya diagihkan kepada 150 penerima dalam kalangan asnaf yang layak sebagai usaha membantu meringankan beban golongan memerlukan di kawasan Kabong.

Chee Kadir berkata amalan korban bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, malah menjadi medium terbaik untuk menyemai nilai kasih sayang, kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Menurut beliau, semangat saling membantu yang diterapkan melalui program seumpama itu mampu memperkukuhkan hubungan silaturahim serta meningkatkan perpaduan dalam komuniti pelbagai lapisan masyarakat.

“Melalui ibadah korban, kita dapat berkongsi rezeki dan menyantuni golongan yang memerlukan, sekali gus mempereratkan ukhuwah serta keharmonian dalam masyarakat,” katanya.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menghadiri Program Ibadah Korban yang dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) dan Persatuan Anak Kabong (PAK) di dua lokasi berasingan, semalam. Foto ADUN Kabong

Beliau turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada LAKIK atas komitmen berterusan dalam menganjurkan program kebajikan yang memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat.

Selesai menghadiri program berkenaan, Chee Kadir meneruskan agenda beliau dengan menghadiri Program Ibadah Korban 1447 Hijrah yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Kabong (PAK).

Pada program tersebut, sebanyak empat lembu turut dikorbankan hasil peruntukan RM30,000 yang disalurkan oleh beliau bagi menyokong pelaksanaan ibadah korban dan aktiviti kemasyarakatan persatuan berkenaan.

Chee Kadir berkata penglibatan aktif badan bukan kerajaan serta persatuan komuniti dalam menjayakan program keagamaan dan kebajikan amat penting dalam usaha memperkukuhkan jaringan sosial masyarakat.

Beliau turut mendoakan agar segala amalan dan pengorbanan yang dilaksanakan oleh semua pihak pada hari yang penuh keberkatan itu diterima Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Pada masa sama, beliau berharap PAK akan terus menjadi wadah penyatuan masyarakat serta mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anak-anak Kabong yang berada di kampung halaman mahupun di perantauan di samping meneruskan pelbagai inisiatif kebajikan demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Projek pembuatan mi bantu penduduk Igan jana pendapatan
Next: Dari pintu ke pintu, nyelupat warnai persiapan Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.