Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IAC pemacu pembangunan di bahagian utara Sarawak
  • WILAYAH

IAC pemacu pembangunan di bahagian utara Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago
MERIAHKAN RAYA… Awang Tengah dan isteri Dayang Morliah bergambar pada rumah terbuka Datuk Hasbi di Dewan Bunga Raya Kampung Bunga Raya Limbang. 
 

LIMBANG: Pembinaan Kompleks Kerajaan Negeri (IAC) dianggarkan bernilai RM160 juta bukan sahaja antara mercu tanda baharu bahkan pemacu kepada pembangunan di bahagian utara Sarawak khususnya Lawas dan Limbang.

Projek tersebut yang kini dalam pembinaan  mampu mengubah wajah dan landskap pembangunan di daerah berkenaan.

javascript:false Demikian kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan apabila ia siap sepenunhnya nanti.

“IAC tersebut akan menempatkan kompleks dan pejabat jabatan-jabatan Kerajaan Negeri yang baharu, yang ketika ini ditempatkan di bangunan Limbang Plaza.

“Ia (IAC) juga akan dijadikan sebagai Pusat Sehenti yang dilengkapi dengan infrastruktur lain seperti teater dan lokasi untuk mengadakan perjumpaan.

 “Lebih penting ialah dengan adanya kompleks ini nanti ia akan dapat mempertingkatkan lagi dari segi perkhidmatan yang kerajaan berikan kepada rakyat itu sendiri,” katanya ketika ditemui media pada rumah terbuka  Aidilfitri Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail di Kampung Nauran, semalam.

Turut sama, isteri beliau Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau pada masa sama, memohon pihak kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan kerja pembinaan dengan penuh teliti mengikut spesifikasi ditetapkan.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak itu berkata, sebelum ini, projek itu mengalami kelewatan susulan pandemik Covid-19 dan berharap ia dapat diteruskan mengikut tempoh yang dijadualkan semula.

Katanya lagi, memandangkan kita sudah serasi dengan pandemik Covid-19 kini tumpuan untuk menyelesaikan kerja pembinaan di tapak yang dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat di Daerah Limbang tersebut harus diteruskan.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: ADUN Meradong kunjungi Timbalan Residen Sarikei sempena Aidilfitri
Next: Rakyat dinasihat kekal waspada perangi varian Arcturus  – Awang Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.