Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • i-CATS tubuh Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa, pengambilan pertama Ogos ini
  • PENDIDIKAN

i-CATS tubuh Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa, pengambilan pertama Ogos ini

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAKAM KENANGAN… Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi merakamkan gambar bersama peserta pada majlis penutupan rasmi Forum Transformasi Aeroangkasa Sarawak 2025 di salah sebuah hotel di Kuching hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kolej Universiti i-CATS kini selangkah lebih maju dalam bidang pendidikan teknikal apabila Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa ditubuhkan secara rasmi, dengan pengambilan pelajar pertama dijadualkan bermula Ogos ini.

Naib Canselor i-CATS, Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, penubuhan fakulti tersebut merupakan antara usaha strategik i-CATS untuk menyokong pembangunan industri berteknologi tinggi di Sarawak.

UCAPAN… Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi berucap pada majlis penutupan rasmi Forum Transformasi Aeroangkasa Sarawak 2025 di salah sebuah hotel di Kuching hari ini. Foto HERRIEY NAHA

“Secara spesifiknya, kita telah menubuhkan Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa dan dalam fakulti berkenaan, kita akan bangunkan beberapa program akademik.

“Tahun ini kita akan mulakan dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa dan seterusnya akan diperkenalkan dua lagi program tahun hadapan iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi dalam Avionik dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi dalam Penyelenggaraan Pesawat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas majlis penutupan rasmi Forum Transformasi Aeroangkasa Sarawak 2025 di salah sebuah hotel, di sini, hari ini.

PENYAMPAIAN… Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi menyampaikan cenderahati kepada penerima.
Foto HERRIEY NAHA

Dalam pada itu, ICATS merancang untuk membina kampus baharu di atas tanah seluas 220 hektar berhampiran Kampung Trombol, Telaga Air, dengan kerja pembinaan dijangka bermula pada Februari tahun hadapan.

“Untuk fasa pertama, kapasiti dijangka antara 2,500 ke 3,000 pelajar. Kampus i-CATS sedia ada di Jalan Stampin akan terus digunakan sehingga fasa kedua siap sepenuhnya,” jelasnya.

Beliau menambah, pembangunan kampus baharu itu selari dengan keperluan semasa dan masa depan negeri, khususnya dalam menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.

“Kerajaan negeri menaruh harapan tinggi terhadap kampus baharu ini agar menjadi pemangkin kepada pembangunan industri berteknologi tinggi, selari dengan Rancangan Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan pelan transformasi digital negeri,” katanya.

Selain bidang aeroangkasa, ICATS turut menawarkan pelbagai program akademik dalam bidang kejuruteraan, teknologi, sains komputer, pendidikan, pelancongan, hospitaliti, ekonomi dan perakaunan.
Oleh Rynna Sha’erra

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: UiTM Melaka perkukuh peranan sebagai hab pendidikan tinggi serantau menerusi CASSIC
Next: SJKC Su Lai sekolah pertama dicadang pasang bilik darjah pintar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.