Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • i-CATS perkukuh pendidikan teknikal Sarawak, jalin kerjasama dengan 41 rakan industri, institusi TVET
  • PENDIDIKAN

i-CATS perkukuh pendidikan teknikal Sarawak, jalin kerjasama dengan 41 rakan industri, institusi TVET

Utusan Sarawak 2 days ago
RAKAMAN gambar kenangan semasa Majlis Pertukaran MoU dan LOI antara Kolej Universtiti i-CATS  dengan pemain industri serta institusi TVET.

KUCHING: Kolej Universiti i-CATS terus memperkukuh ekosistem pendidikan teknikal di Sarawak dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 19 syarikat industri dan 22 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sejajar dengan inisiatif kerajaan negeri menyediakan pendidikan tinggi percuma menjelang 2026.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, berkata pertukaran MoU dan Surat Hasrat Kerjasama (LOI) ini membuka lebih banyak peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi serta memanfaatkan inisiatif pendidikan percuma kerajaan negeri.

“Pelajar dari Politeknik, kolej vokasional dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) kini berpeluang menyambung pengajian ke tahap pendidikan tinggi di i-CATS.

“Saya juga telah menggesa Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak untuk menganjurkan bengkel melibatkan semua universiti di Sarawak bagi membincangkan pelaksanaan menyeluruh inisiatif ini.

“Usaha ini penting bagi memastikan pelajar diploma dapat meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dan menikmati manfaat pendidikan tinggi percuma bermula tahun depan,” katanya dalam ucapan semasa majlis pertukaran MoU dan LOI berkenaan, di sini, hari ini.

Beliau turut menyarankan universiti lain di Sarawak untuk mencontohi i-CATS dalam menjalin kerjasama strategik dengan industri dan institusi TVET bagi mewujudkan landskap pendidikan yang mampan.

Langkah ini sejajar dengan visi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk melahirkan generasi tempatan yang berkemahiran tinggi.

Sementara itu, Naib Canselor i-CATS, Profesor Emeritus Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, berkata kerjasama strategik ini merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang ke arah mencapai status universiti penuh menjelang 2026.

“Usaha ini merapatkan jurang antara latihan teknikal dan pendidikan tinggi, selain menyediakan akses yang lebih mudah, mampu milik dan inklusif kepada pelajar di seluruh Sarawak.

“Di i-CATS, kami percaya bahawa sinergi antara akademia dan industri adalah kunci kepada kelestarian ekosistem pendidikan tinggi yang bersedia menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan pelancaran i-CATS Digital Business School yang menawarkan laluan pendidikan fleksibel menerusi pendekatan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) serta Penilaian Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL).

“Fokus kami adalah menyediakan pendidikan berorientasikan industri yang fleksibel, selaras dengan perkembangan pesat pasaran pendidikan digital global.

“Kami mahu Sarawak menjadi peneraju dalam transformasi pendidikan ini.

“Selain itu, Airbus turut bersetuju menjalinkan kerjasama dengan i-CATS bagi membangunkan program latihan dan kurikulum dalam bidang aeroangkasa, satu pengiktirafan penting terhadap keupayaan negeri membina tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi,” tambah beliau.

Majlis berkenaan turut disaksikan Datuk Dr Annuar bersama wakil industri dan institusi TVET dari seluruh Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Suntik semangat baru: Sekolah di Dalat diterajui bantuan RM300,000 MLNG
Next: Sarawak terus perkukuh usaha tuntut autonomi pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.