Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hutang negara AS buat kali pertama melepasi AS$35 trilion  
  • GLOBAL

Hutang negara AS buat kali pertama melepasi AS$35 trilion  

Utusan Sarawak 10 months ago
SISTEM politik AS disifatkan terburuk sehingga tidak boleh dicontohi oleh mana-mana negara. FotoAFP

WASHINGTON: Jumlah keseluruhan hutang kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama melepasi AS$35 trilion, menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan, semalam.

Jumlah hutang awam terkumpul meningkat kepada AS$35 trilion pada Jumaat, menurut Penyata Perbendaharaan Harian yang baru dikeluarkan.

Data itu dikemas kini pada penghujung setiap hari perniagaan dengan data dari hari perniagaan sebelumnya.

Hanya tujuh bulan lepas, hutang negara AS melepasi AS$34 trilion pada akhir Disember 2023 selepas melepasi AS$33 trilion tiga bulan sebelum itu.

“Pinjaman terus meningkat tanpa henti dan tidak terkawal,” menurut Maya MacGuineas, presiden Jawatankuasa Belanjawan Persekutuan yang Bertanggungjawab, dalam satu kenyataan.

“…Kita perlu lebih serius mengenai hutang ini. Tahun pilihan raya tidak boleh menjadi pengecualian untuk cuba mencegah bahaya yang boleh diramalkan dan hutang itu adalah salah satu bahaya utama yang kita hadapi,” kata MacGuineas.

Seorang felo kanan di American Enterprise Institute dan bekas pegawai di Tabung Kewangan Antarabangsa Desmond Lachman memberitahu Xinhua sebelum ini bahawa “tiada keraguan bahawa defisit belanjawan AS berada di landasan yang tidak mampan.

Menurut beliau, “trajektori berbahaya” itu menimbulkan “soalan serius untuk dolar” dan unjuran inflasi jangka panjang. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: FDA AS luluskan ujian dinamakan ‘Shield’ bagi saringan kanser kolon
Next: 85 pesakit dari Gaza dipindahkan ke UAE untuk terima rawatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.