Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan Ribut Sibu: Mangsa terjejas akan dibantu
  • WILAYAH

Hujan Ribut Sibu: Mangsa terjejas akan dibantu

Utusan Sarawak 2 years ago

Residen Bahagian Sibu, Wong Hie Sieng

SIBU: Jumlah mangsa dan kerugian akibat kejadian angin kuat beserta hujan lebat yang berlaku lewat petang semalam (Rabu) akan didedahkan dalam masa terdekat ini.

Menurut Residen Bahagian Sibu, Wong Hie Sieng, pihaknya masih menunggu laporan lengkap dari pihak berkenaan sebelum menghantarnya kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“Ya, setakat ini kami masih mengumpul maklumat dan data berkenaan dengan kejadian itu,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS), petang tadi.

Beliau memberitahu, rumah yang terjejas teruk ialah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan, yang  mana kebanyakan kejadian hanya melibatkan bahagian bumbung rumah sahaja.

“Tiada sebarang Pusat Permindahan Sementara (PPS) dibuka kerana kebanyakkan yang terjejas ini tinggal di rumah saudara-mara mereka,” ujarnya.

Mengulas lanjut tentang mesyuarat tersebut, Wong berkata, mesyuarat ini adalah penyelarasan dan kerjasama antara agensi berkaitan dalam memberikan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang terjejas.

“Contohnya, bantuan kebajikan di bawah JPBN dan sebagainya. Kemudian kita akan memaklumkan kepada wakil rakyat terlibat,” katanya.

Menyentuh tentang masalah terputus bekalan elektrik di kawasan tertentu, beliau memberitahu, pihak berkaitan sedang membaikinya dan percaya ia akan pulih sepenuhnya pada keesokan harinya.

“Beberapa sekolah yang terjejas turut memulakan operasi seperti biasa hari ini. Kejadian ini adalah yang terburuk untuk Sibu disebabkan fasa peralihan angin monsun yang diramalkan berlaku dari 23 Mac sehingga pertengahan Mei dan ia benar-benar berlaku,” kata beliau.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Sumbangan untuk 22 JKKK Spaoh, masjid dan surau
Next: PETRONAS Serah Sumbangan Di DUN Gedong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.