Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan berterusan, air pasang menyebabkan berlaku tanah susur
  • WILAYAH

Hujan berterusan, air pasang menyebabkan berlaku tanah susur

Utusan Sarawak 4 months ago

TERJEJAS.....Hujan beterusan dan air sungai pasang besar menyebabkan berlaku tanah susur hingga jambatan dan jeti utama Rumah George Bugal, Nanga Stugah, Ngemah. Foto ihsan APM.

KANOWIT: Hujan beterusan serta air sungai pasang besar menyebabkan berlaku tanah susur hingga mengakibatkan jambatan dan jeti utama Rumah George Bugal, Nanga Stugah, Ngemah terjejas.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu menerusi kenyataan menyatakan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana, hari ini.

“Rumah panjang tersebut mempunyai 17 Ketua Isi Rumah (KIR) dengan jumlah penghuni seramai 35 orang,” menurut kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, anggota APM Kanowit tidak dapat pergi ke lokasi berikutan jalan menuju ke rumah panjang tersebut licin. 

“Hasil perjumpaan dengan Tuai Rumah George di Pasar Kanowit, memaklumkan jeti dan jambatan yang menjadi kegunaan utama penduduk kampung terjejas dan tidak ada jeti untuk menurunkan penduduk yang menggunakan bot,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, penghuni rumah panjang diingatkan supaya sentiasa peka dan memberitahu perkembangan keadaan tanah susur kepada agensi yang berkaitan.

Continue Reading

Previous: Tiong Sii teruskan inisiatif sumbangan pakaian seragam sekolah
Next: Ambil tindakan segera tangani isu jalan sesakĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.