Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hubungan saya dengan ahli PBB baik – Datu Penguang
  • TEMPATAN

Hubungan saya dengan ahli PBB baik – Datu Penguang

Utusan Sarawak 5 years ago

????????????????????????????????????

TERIMA KASIH… Datu Penguang menyerahkan cek peruntukan MRP kepada wakil Persatuan Islam Perubatan cawangan Marudi, Mustapha Amru.

MARUDI : Menteri Muda Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Marudi (ADUN) Datu Dr Penguang Manggil menafikan tuduhan segelintir pihak bahawa hubungan beliau dengan ahli parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Marudi tidak baik.

Katanya tuduhan liar yang juga mengatakan beliau meminggirkan ahli PBB Marudi juga tidak benar dan merupakan fitnah untuk menjatuhkan beliau dengan cara kotor.

“Hubungan saya baik-baik sahaja dengan semua ahli PBB di kawasan saya dan orang yang memfitnah saya itu boleh bertanya sendiri kepada ahli-ahli PBB Marudi ,” katanya.

Menurut beliau, pemfitnah berbuat demikian kerana tidak senang hati dengan usaha beliau di dalam membantu rakyat di kawasan Marudi selama ini.

“Perkara seperti ini tidak patut terjadi, apatah lagi untuk menjatuhkan saya dan itu bukan caranya,” kata Penguang.

Dalam pada itu, Penguang memberitahu banyak kenyataan negatif memburukkannya ditular di media sosial oleh seseorang yang dipercayai dibayar oleh pihak tertentu.

Sejak menjadi wakil rakyat kata beliau, ada pihak tertentu tidak menyenangi kejayaannya membawa projek di kawasan Marudi dan sanggup melontar serta menyebar pelbagai fitnah bermacam-macam.

“Saya ikhlas untuk membantu rakyat di kawasan saya dan ini boleh dilihat melalui pembangunan yang dilaksanakan di Marudi kalau dibandingkan 20 tahun lalu,”katanya.

Malah tambah Penguang pekan Lapok sekarang turut mencapai kemajuan sejak beliau menjadi wakil rakyat berbanding sebelum ini.

“Apabila saya dipilih sebagai wakil rakyat, tugas pertama saya ialah untuk memastikan pekan Lapok ada bekalan api elektrik dan bekalan air bersih.

Tegasnya sekarang pekan Lapok yang sebelum ini digelar ‘pekan koboi’ kini terang benderang waktu malam dengan adanya bekalan elektrik dan begitu juga bekalan air bersih yang membolehkan peniaga-peniaga di pekan Lapok membuka perniagaan dengan senang hati.

Katanya begitu juga jalan-jalan masuk ke kampung semuanya beliau usahakan dan bukannya hasil mantan wakil rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Santai bersama wanita-wanita PBB yang diadakan di Balai Raya Kampung Narum Marudi.

Penguang berharap wanita-wanita PBB perlu bergerak mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang.

Pada majlis tersebut Penguang turut menyerahkan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Persatuan Islam Perubatan Cawangan Marudi dan Persatuan Pemuda dan Wanita Kampung Benawa.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Naik taraf kemudahan air di 50 sekolah
Next: Unit Belia MJKKK santuni penduduk Rumah Seliau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.