Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hubungan erat pastikan keharmonian, pembangunan rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

Hubungan erat pastikan keharmonian, pembangunan rumah panjang

Utusan Sarawak 2 months ago
AJK BAHARU… Temenggong Stanley Geramong, Dieo Kanyan serta yang lain bergambar bersama ahli jawatankuasa semasa AGM PTRS.

SIBU: Tuai-tuai rumah perlu mempunyai hubungan yang erat dengan penduduk rumah panjang bagi memastikan keharmonian dan pembangunan pesat rumah panjang terbabit.

Temenggong Stanley Geramong Bandar berkata, hubungan erat ini membolehkan tuai rumah menjalankan tugas dengan baik dan lancar.

“Adalah sukar untuk menjadi tuai rumah pada hari ini. Semakin ramai penduduk, semakin sukar untuk menguruskan sesebuah rumah panjang.

“Ini (hubungan erat) penting kerana banyak rumah panjang kini berpecah kerana berebutkan jawatan tuai rumah,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Tuai Rumah Sibu (PTRS).

Sementara itu, beliau turut menasihati tuai-tuai rumah agar jangan hanya membantah sahaja, sebaliknya turut memberi pandangan atau cadangan yang membina berhubung sesuatu isu atau perkara. 

“Sebagai seorang pemimpin di peringkat rumah panjang, kita (tuai rumah) jangan pandai bercakap sahaja dan membantah tanpa alasan kukuh, sebaliknya kita harus memberi pandangan atau cadangan yang membina sebagai jalan penyelesaian,” katanya.

Pada masa sama, Geramong menyatakan harapannya agar tuai-tuai rumah yang masih belum menjadi ahli untuk segera mendaftar.

“Saya menyeru ahli-ahli PTRS mencari serta menjemput tuai-tuai rumah yang belum mendaftar agar menyertai persatuan dengan segera. 

“Diharap agar tuai-tuai rumah tidak meminggirkan atau mementingkan diri sendiri. Marilah kita bersama-sama bergabung di dalam persatuan agar suara persatuan lebih kuat lagi,” katanya.

Selain itu, Pengerusi PTRS Tuai Rumah (Tr) Dieo Kanyan berharap semua tuai rumah memberi sokongan padu kepada persatuan, terutama yang masih belum menjadi ahli.

Menurutnya, terdapat segelintir tuai rumah yang hanya pandai menyalahkan persatuan berhubung sesuatu isu atau perkara sedangkan mereka bukan ahli persatuan.

“Saya menyeru agar mereka ini dibawa masuk ke dalam persatuan untuk sama-sama memberikan pandangan atau cadangan untuk kebaikan semua,” tegas Dieo, yang sekali lagi diberi mandat untuk memimpin PTRS bagi sesi 2025 hingga 2027.

Selain Dieo, jawatan Setiausaha disandang oleh Tr. Lidwina Mathew sementara Tr Mathew Maja selaku Bendahari. Hingga kini, PTRS mempunyai 137 ahli berdaftar.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan MRP sokong aktiviti pendidikan 2025
Next: Kerja naik taraf tapak Bazar Ramadan Daro fasa 2 dilaksana tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.