Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hubungan baik perlu diteruskan
  • Tengah
  • WILAYAH

Hubungan baik perlu diteruskan

Utusan Sarawak 4 months ago
HADIR… Anyi Jana, Roy Angau Gingkoi, Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing, Ir. Christopher Gira Sambang, Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Aaron Ago bersama yang lain pada majlis makan malam sempena sambutan ‘Krismas 2024 & Tahun Baru 2025’ anjuran Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tamin kelmarin.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang memuji hubungan erat antara semua parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Gira berkata, hubungan yang baik ini perlu diteruskan di kalangan generasi muda bagi memastikan kejayaan visi Premier Sarawak dalam membangunkan negeri ini.

“Di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak telah mengalami transformasi menjadi sebuah wilayah yang dihormati dengan pelbagai inisiatif dan dasar yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sarawak.

“Justeru itu, hubungan yang terjalin dengan baik di antara parti-parti dalam GPS ini amat penting dan harus diteruskan dalam usaha membangunkan negeri Sarawak ke arah yang lebih progresif dan maju,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam sempena sambutan ‘Krismas 2024 & Tahun Baru 2025’ anjuran Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tamin di sini, kelmarin.

Sementara itu, Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum dalam ucapannya menekankan kepentingan perpaduan bukan sahaja dalam parti, tetapi juga di kalangan seluruh masyarakat.

“Pemimpin datang dan pergi, tetapi generasi muda kekal dan mereka akan mengambil alih kepimpinan dengan visi yang sama untuk menyatukan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa masyarakat, khususnya di Selangau dan Kanowit, untuk menyertai Agensi Pembangunan Wilayah Mid-Rajang (MiRRDA) yang telah dibincangkan lebih awal oleh Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang, yang memberi tumpuan kepada projek-projek yang menjana pendapatan untuk rakyat.

Turut hadir, Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tamin, Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing; Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi; ADUN Ngemah, Anyi Jana; Ahli Dewan Negara, Senator Rita Sarimah Patrick Insol; Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang serta tetamu yang lain.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Laluan 910.6km sepanjang Jalan Miri-Bintulu ditutup sementara mulai esok
Next: Kawasan Gunung Buda berpotensi besar dibangunkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.