Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang sumbang RM5,000 kepada Persatuan Ping Pong Bahagian Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang sumbang RM5,000 kepada Persatuan Ping Pong Bahagian Sarikei

Utusan Sarawak 4 months ago
UNTUK ALBUM… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama atlet-atlet, jurulatih dan ahli jawatankuasa Persatuan Ping Pong Bahagian Sarikei. 

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan peruntukan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Ping Pong Bahagian Sarikei. 

Sumbangan ini diserahkan pada majlis penyerahan bendera anjuran persatuan tersebut, bertempat di Wisma Persatuan Cina Bersatu (UCA), semalam. 

Seramai 37 orang atlet, jurulatih, dan ahli jawatankuasa persatuan yang akan mewakili Sarikei dalam Kejohanan Ping Pong Tahunan Peringkat Negeri Sarawak di Bintulu, hadir ke majlis ini. 

Majlis diadakan bagi menyuntik semangat kepada pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan tersebut. 

Kejohanan ping pong peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung 19 hingga 23 Januari ini merupakan kali ke-62 ia diadakan.

Tiong, justeru berharap kesemua pemain berjuang dengan semangat kesukanan yang tinggi.

“Saya berharap semua pemain yang menyertai kejohananan ini berjaya memperoleh kejayaan. 

“Sentiasa tanamkan semangat kesukanan yang tinggi. 

“Semoga mereka berjaya mengharumkan nama Sarikei di peringkat negeri,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lima rumah panjang terjejas banjir terima 266 kit makanan
Next: Air naik di SK Kubong, Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.