Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang sumbang dua kerusi roda, sebuah katil pesakit boleh laras
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang sumbang dua kerusi roda, sebuah katil pesakit boleh laras

Utusan Sarawak 3 months ago
TERIMA KASIH… Lu Cheng Hing (baring) bergambar bersama ahli keluarganya dan wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii dari Pusat Khidmat Repok.

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii telah menyumbangkan dua kerusi roda dan sebuah katil pesakit boleh laras kepada tiga orang penerima.

Jurucakap Pusat Khidmat Repok berkata, sumbangan tersebut telah diserahkan kepada penerima, tiga hari sebelum bermulanya Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.

“Penerima yang menerima katil pesakit boleh laras ialah Lu Cheng Hing, berumur 83 tahun.

“Cheng Hing terlantar sakit di rumahnya di Jalan Jelutong Barat.

“Katil pesakit boleh laras membolehkannya berehat dengan lebih selesa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, dua buah kerusi roda disumbangkan kepada Yung Fung Chan, berumur 57 tahun, dari Jalan Keranji dan Ting Ping Tuan, 62, dari Jalan Su Hing.

“Sumbangan diserahkan kepada penerima oleh pasukan Pusat Khidmat Repok selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

“Ahli keluarga pesakit turut mengucapkan terima kasih kepada Datoʼ Sri Huang Tiong Sii kerana membantu meringankan beban pesakit,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua prospek PPS terima bantuan menerusi Program LIFE
Next: Operasi pemindahan penduduk rumah panjang kawasan Batang Oya dilaksanakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.