KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) sedang mengesan waris kepada seorang pesakit, Poh Tze Choon, bagi membolehkan urusan discaj dilaksanakan.
Menurut kenyataan HUS hari ini, pesakit berkenaan telah menerima rawatan di Wad Perubatan 5 (Medical 5) sejak 12 Jun lalu dan kini berada dalam perancangan untuk discaj.
Berdasarkan rekod kemasukan ke wad, alamat terakhir pesakit ialah di No. 22, Lorong 4, Jalan Star Garden, Jalan Green, 93050 Kuching.

Katanya, pelbagai usaha telah dilakukan bagi menghubungi ahli keluarga atau waris pesakit, namun nombor telefon yang diperoleh tidak lagi dapat dihubungi.
Sehubungan itu, HUS menggesa waris atau ahli keluarga Poh Tze Choon supaya tampil atau menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Umum Sarawak, Rita Fazlin Awang @ Ibrahim di talian 082-276666 sambungan 4374 pada waktu pejabat.
Selain itu, waris juga boleh menghubungi Wad Perubatan 5 di talian 082-276666 sambungan 5934 dengan kadar segera bagi membantu melancarkan urusan discaj pesakit.



