Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hospital Daro terima mesin hemodialisis sumbangan Yayasan OBYU
  • Tengah
  • WILAYAH

Hospital Daro terima mesin hemodialisis sumbangan Yayasan OBYU

Utusan Sarawak 3 months ago
TERIMA KASIH YAYASAN OBYU… Safiee menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan mesin hemodialisis dari Yayasan OBYU kepada Hospital Daro, semalam.

DARO: Yayasan OBYU memberikan sumbangan mesin hemodialisis kepada Hospital Daro, menandakan satu lagi langkah positif dalam usaha memperkukuhkan kemudahan kesihatan di daerah itu.

Ini terutamanya bagi pesakit yang memerlukan rawatan dialisis secara berterusan.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut yang berlangsung semalam, telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.

Safiee dalam ucapannya melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Yayasan OBYU atas sumbangan berharga ini. 

“Sesungguhnya, sumbangan ini amat besar maknanya, terutamanya kepada 31 orang pesakit yang amat memerlukan mesin hemodialisis ini.

Beliau berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada komuniti di Daro.

Turut hadir ialah Pengarah Hospital Daro, Dr. Alhusna Dahian, Setiausaha Eksekutif Yayasan OBYU Dr. Haironi Yusoff, serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif One Medicare Sdn Bhd, Lau Yew Nen.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persembahan boneka dalam bahasa Inggeris tarik minat murid-murid SJK Chung San
Next: SUPP Piasau Miri giat bantu warga emas daftar, aktif SKAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.