Hospital Bintulu anjur kempen derma darah sempena Hari Sarawak

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
POSTER Kempen Derma Darah Hospital Bintulu sempena Hari Sarawak 2026 yang akan diadakan di Naim Paragon Mall esok.

BINTULU: Pihak Hospital Bintulu mengajak orang ramai yang sihat dan layak tampil menderma darah sempena sambutan Hari Sarawak bagi membantu memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk keperluan pesakit.

Menurut kenyataan hospital itu, Kempen Derma Darah sempena Hari Sarawak 2026 akan diadakan esok (22 Julai) di Naim Paragon Mall dari 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Setiap unit darah yang didermakan mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan, pembedahan serta pemindahan darah.

“Setitis darah yang didermakan hari ini mungkin menjadi sebab seseorang masih dapat bersama keluarga mereka esok,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai digesa meluangkan sedikit masa untuk menyertai kempen berkenaan sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan sempena Hari Sarawak

Hospital Bintulu berharap lebih ramai individu tampil menjadi penderma darah bagi membantu memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi demi keperluan pesakit.