Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hope Place santuni ibu tunggal sempena Tahun Baharu Cina
  • TEMPATAN

Hope Place santuni ibu tunggal sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Persatuan Kebajikan Harapan (Hope Place) Kuching memberi sinar harapan kepada seorang ibu tunggal dengan memberi bantuan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Hope Place menerusi satu hantaran Facebook berkata Wanita warga emas berusia 71 tahun itu tinggal di sebuah rumah yang agak usang di Jalan Segobang, Batu Kawa bersama anaknya.

Menurutnya lagi, wanita itu kini dalam pemulihan daripada strok dan masih bergantung sepenuhnya kepada tongkat untuk bergerak.

”Oleh kerana kaki yang masih lemah, dia tidak dapat duduk dan berdiri terlalu lama. Baru-baru ini, dia juga cedera di bahagian tangan setelah terjatuh akibat kakinya yang lemah.

”Dia telah menjadi ibu tunggal selama lebih 30 tahun dan pernah membuka gerai nasi ayam untuk membesarkan anaknya,” menurut hantaran itu.

Menjelas lanjut berkenaan situasinya, anak kepada wanita itu sentiasa bekerja di luar daerah dan terpaksa meninggalkannya bersendirian.

Sehubungan itu, Hope Place membantu wanita itu dengan memberikan bantuan makanan asas secara berterusan.

Sementara itu, para penderma yang prihatin menyumbangkan barangan Tahun Baru Cina seperti oren mandarin, minuman ringan dan biskut perayaan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Masjid Darul Huda dibuka kepada penduduk mulai hari ini
Next: Mesyuarat Zon PBB berakhir di Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.