KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan akan mengadakan jualan lelong 11 kenderaan dan motosikal pada 8 Oktober ini, bermula 9.00 pagi.
Lelongan akan diadakan di Bahagian Pengangkutan, Kompleks Logistik, Jalan Field Force, Kuching.
Antara kenderaan dan motosikal yang ditawarkan ialah:
- Proton Waja 1.6 – harga simpanan RM300
- Perodua Kembara – RM300
- Proton Waja 1.6 Campro – RM300
- Proton Perdana V6 – RM500
- Lima motosikal Ninja 250 (EX250L) – RM300 setiap satu
- Motosikal EX250-L – RM300
- Sebuah motosikal dua roda – RM50
Orang ramai yang berminat boleh melihat kenderaan dan motosikal berkenaan pada 5 dan 6 Oktober, dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di lokasi lelongan.



ANTARA aset alih yang dilelong IPD Padawan.
Syarat penyertaan:
- Pembida perlu mendaftar dengan Pegawai Pelelong dengan memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat.
- Deposit lima peratus daripada harga simpanan atau maksimum RM1,000 perlu dibayar.
- Pembida dengan tawaran harga tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.
- Kenderaan dan motosikal dijual berdasarkan keadaan semasa.
- Bayaran penuh perlu dibuat dalam tempoh tujuh hari dari tarikh lelongan.
- Kenderaan atau motosikal yang berjaya dibeli perlu diambil dalam tempoh 14 hari.
- Kos pengangkutan ditanggung pembida.
Maklumat lelong:
- Tarikh: 8 Oktober 2026
- Masa: 9.00 pagi
- Tempat: Bahagian Pengangkutan, Kompleks Logistik, Jalan Field Force, 93250 Kuching.93250 Kuching.



