Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hina Nabi: AWAS buat laporan polis
  • TEMPATAN

Hina Nabi: AWAS buat laporan polis

Utusan Sarawak 5 years ago

NURZILLA MOHAMAD

SIBU: Setiausaha Kehormat Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) Mohamad Junaidi Sambang membuat laporan polis terhadap pengguna laman sosial yang memuat naik hantaran menghina Nabi Muhammad SAW, semalam.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral Sibu pada jam 8.30 pagi
Junaidi menerusi kenyataanya berkata, hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun itu juga berunsur provokasi kerana cuba untuk membangkitkan kemarahan orang Islam.

“Pemilik akaun tersebut telah mencalar hati masyarakat Islam bukan sahaja di negeri ini malah seluruh Malaysia.

“Jadi saya menggesa pihak polis serta pihak yang berwajib supaya segera mengesan pemilik akaun tersebut dan mengenakan hukuman yang berat terhadap beliau,” katanya.

Sehubungan itu, Junaidi menasihati pengguna laman sosial supaya menjaga adab serta perbuatan ketika membuat sesuatu hantaran di media sosial.

“Jangan guna laman sosial untuk kamu menghina agama serta kepercayaan orang lain sehingga mencetuskan ketenteraman awam.

“Perbuatan kamu ini hanya menambah beban kerja pihak berkuasa yang pada masa ini sedang bertungkus-lumus melawan penularan wabak COVID-19,” tegasnya.

Continue Reading

Previous: Kapal angkut bekalan makanan ke Lawas
Next: Pekebun Getah digesa mohon IPG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.