Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hilang empat jam, kakitangan JTS ditemui selamat   
  • WILAYAH

Hilang empat jam, kakitangan JTS ditemui selamat   

Utusan Sarawak 2 years ago

Aziz Julaihi, 43, ditemui selamat pada 7.30 malam semalam oleh rakan mangsa dan penduduk kampung yang terlibat dalam operasi pencarian.

LIMBANG: Seorang kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dari Sarikei yang ditugaskan sementara untuk kerja penyukatan tanah di Limbang telah berjaya ditemui selamat selepas sesat di hutan Makasing Jalan Nanga Medamit Limbang.

Mangsa, Aziz  Julaihi, 43, ditemui selamat pada 7.30 malam tadi oleh rakan mangsa dan penduduk kampung yang terlibat dalam operasi pencarian.

Pegawai Operasi Zon Tujuh Limbang Clarence D.Primus Tiandun berkata , mangsa dilaporkan  hilang pada 3.00 petang dan laporan kehilangannya dibuat kira-kira 6.00 petang sebelum  ditemui.

“Kehilangan mangsa hanya disedari rakan-rakannya ketika hendak keluar hutan dan mangsa  sempat memaklumkan yang dia sesat kepada rakan-rakannnya melalui aplikasi WhatsApp,” katanya kepada media hari ini.

Mangsa  yang berjaya ditemui dibawa keluar dari hutan terus ke Rumah Luta Makasing.

Turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ialah bomba, anggota polis,  kakitangan JTS dan penduduk kampung.

Oleh ADENG EDRUS


Continue Reading

Previous: Program 3R pertama di Daro Ahad ini
Next: MEESty adakan perbincangan pulih Pelan Sungai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.