KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) ingin menjelaskan bahawa maklumat yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp mengenai Projek Perumahan Rakyat yang dikatakan akan dibina di kawasan Kampung Segedup hingga Kampung Sungai Maong adalah tidak berasas.
HDC menerusi satu kenyataan memberitahu, projek yang sedang dijalankan di kawasan tersebut adalah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Jabatan Tanah dan Survei (JTS), dan bukannya projek perumahan di bawah HDC seperti yang disebutkan.
“HDC menyeru orang ramai untuk tidak meneruskan penyebaran maklumat tidak tepat ini demi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Sehubungan itu, untuk maklumat rasmi mengenai projek-projek HDC, orang ramai boleh menghubungi HDC di talian 082-444381, melayari laman web rasmi diĀ www.hdc.sarawak.gov.my, atau mengikuti laman Facebook HDC di Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi HDC.