Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Hasrat pemain Belgium Doku berada di sisi isteri ketika lahirkan anak sulung
  • SUKAN

Hasrat pemain Belgium Doku berada di sisi isteri ketika lahirkan anak sulung

Utusan Sarawak 3 hours ago
JEREMY Doku berharap dapat berada di sisi isterinya bagi menyambut kelahiran anak sulung mereka, meskipun Belgium sedang beraksi di Piala Dunia. Foto: AFP

NEW YORK: Jeremy Doku menyatakan hasratnya untuk berada di sisi isteri bagi menyambut kelahiran anak sulung mereka bulan depan, sekali gus berpotensi mencetuskan dilema buat skuad The Red Devils pada kempen Piala Dunia, lapor PA Media/dpa.

Isteri kepada pemain sayap Manchester City berusia 24 tahun itu, Shireen, dijangka melahirkan anak pada minggu kedua Julai, iaitu sekitar peringkat suku akhir Piala Dunia.

“Jika anda tanya apa yang saya mahukan, jawapan saya ialah tiada sesiapa pun yang mahu terlepas detik kelahiran anak sulung mereka. Namun, saya juga sedar bahawa sukan bola sepak melibatkan banyak pertimbangan lain,” kata Doku kepada wartawan Belgium.

“Saya tahu pihak persekutuan sentiasa menyokong para pemain dan memahami situasi mereka. Kita akan lihat apa yang boleh dilakukan nanti.”

Media Belgium melaporkan bahawa sebuah pesawat peribadi ke England, lokasi anak itu dijangka dilahirkan, berkemungkinan besar akan disediakan dan Doku akan kembali semula ke Amerika Syarikat selepas itu sekiranya Belgium masih bersaing dalam kejohanan berkenaan.

Belgium akan memulakan kempen Piala Dunia mereka menentang Mesir di Seattle awal pagi ini. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Uruguay kecewa sekadar seri dengan Arab Saudi
Next: Suhu Piala Dunia meningkat akibat perubahan iklim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.