KUCHING: Harry Sekin Jabi dan Elrica Blabun dinobatkan sebagai Mister dan Miss Ambassador International Borneo Festival (IBF) 2020 – Edisi Sarawak.
Kedua-dua mereka akan mewakili Sarawak untuk pertandingan separuh akhir di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) untuk IBF 2020 yang akan diadakan akhir tahun ini.
Objektif utama acara ini adalah untuk melantik belia tempatan berumur antara 18 hingga 30 tahun untuk mempromosikan produk Borneo sebagai produk ekonomi tempatan dan di peringkat antarabangsa, sambil mengekalkan dan mempromosikan tradisi dan budaya mereka hingga ke mata dunia.
Pengarah IBF 2020 Edisi Sarawak, Dr. Darren Augustine memberitahu, peserta akhir IBF 2020 nanti akan mewakili Borneo di London, United Kingdom pada tahun depan.
“Dengan slogan ‘Amazing Borneo To London’, kita akan membawa dan mempamerkan produk Borneo kita ke London,” ujarnya.
Salah seorang alumni IBF, Lianny Bujang, memberitahu adalah sangat penting bagi generasi muda untuk memelihara budaya tempatan agar tidak ditelan zaman.
IBF 2020 Edisi Sarawak ditaja oleh Karlas Spa, Rowena, Renaugust Borneo, Entangen Café, Pinggai Café, Tanju Budaya Singai, Sarawak Paperbeads , BorneoTalk dan lain-lain manakala lokasi ditaja oleh CityONE Megamall Kuching dan Ariva Gateway Kuching.
Maklumat lanjut, orang ramai boleh melawati laman sosial Facebook, International Borneo Festival- Sarawak Edition.
Oleh Nur Ain Otsman