Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Harmoni Aidilfitri: Majlis Daerah Sarikei kukuhkan jalinan masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Harmoni Aidilfitri: Majlis Daerah Sarikei kukuhkan jalinan masyarakat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENJAMU SELERA… Hadirin memilih juadah kegemaran dalam suasana penuh keceriaan sempena majlis ramah tamah Aidilfitri.

SARIKEI: Aidilfitri bukan sekadar disambut dengan juadah dan senyuman, tetapi turut menjadi wadah untuk memperkukuh silaturahim serta semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, menyifatkan majlis ramah tamah Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Surau Majlis Daerah Sarikei (MDS) sebagai simbolik keharmonian dan kebersamaan rakyat.

“Majlis seperti ini bukan sahaja mempereratkan hubungan sesama insan, tetapi turut membina suasana harmoni serta semangat kekitaan dalam kalangan kita.

“Jadikan sambutan Aidilfitri sebagai ruang memperbaharui hubungan, memperkukuh rasa hormat, dan memperkuatkan organisasi melalui budaya kerja berpasukan,” katanya.

MENJAMU SELERA… Hadirin memilih juadah kegemaran dalam suasana penuh keceriaan sempena majlis ramah tamah Aidilfitri.

Beliau menyampaikan amanat tersebut menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi MDS, Wong Kie Yong, selaku wakil rasmi pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Sentral Sarikei, malam tadi.

Datoʼ Sri Huang turut menekankan bahawa kekuatan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada keupayaan individu semata-mata, sebaliknya bergantung kepada semangat kebersamaan, saling menghargai, dan sokongan padu dalam kalangan warga kerja.

“Bak kata pepatah, ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

“Saya yakin, dengan budaya saling menghargai dan semangat kekeluargaan yang terus dipupuk, MDS akan kekal menjadi contoh cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat,” tambahnya.

Majlis turut dimeriahkan dengan jamuan Aidilfitri, persembahan pentas serta sesi bergambar kenangan dalam suasana mesra dan penuh kekeluargaan.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Surau MDS, Abang Ibrahim Abang Kipni.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Irama Tabuh, Lenggok Ngajat: SDNU, SIDS Sibu bangkitkan semangat warisan
Next: Bangsa membaca, bangsa berjaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.