Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Wesak disambut meriah, harmoni di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Hari Wesak disambut meriah, harmoni di Limbang

Utusan Sarawak 4 hours ago
SUASANA TENANG… Sebahagian penganut Buddha menghadiri sambutan Hari Wesak anjuran Persatuan Buddha Limbang di Jalan Sungai Kaban hari ini.

LIMBANG: Sambutan Hari Wesak di daerah ini berlangsung dalam suasana meriah, aman dan harmoni apabila penganut Buddha memenuhi tokong-tokong serta pusat keagamaan bagi melaksanakan pelbagai upacara keagamaan hari ini.

Persatuan Buddha Limbang turut menganjurkan sambutan Hari Wesak di bangunan persatuan itu di Jalan Sungai Kaban bermula pada 9.00 pagi yang dihadiri lebih 200 penganut Buddha.

Sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang terbuka kepada orang ramai.

SUASANA TENANG… Sebahagian penganut Buddha menghadiri sambutan Hari Wesak anjuran Persatuan Buddha Limbang di Jalan Sungai Kaban hari ini.

Selain itu, persatuan berkenaan mengadakan jamuan makanan vegetarian serta majlis puja Wesak pada sebelah malam bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan tersebut.

Menurut wakil Persatuan Buddha Limbang, antara aktiviti yang diadakan sempena Hari Wesak ialah upacara menyalakan colok, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.

Selain itu, orang ramai turut dijemput menyertai pelbagai aktiviti lain seperti minum teh bersama, menyalin sutra, aktiviti mewarna untuk kanak-kanak serta bengkel kaligrafi.

Katanya, program yang dianjurkan bukan sahaja bertujuan memperingati Hari Wesak, malah mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di daerah ini.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Lelaki parah, wanita cedera dalam kemalangan kendiri berhampiran SMK Sematan 
Next: Aidiladha perkukuh perpaduan, harmoni masyarakat luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.