Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Harga ubat: GP perlu jelaskan isu berdasarkan kajian, fakta, data
  • KESIHATAN

Harga ubat: GP perlu jelaskan isu berdasarkan kajian, fakta, data

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PELAKSANAAN Mekanisme Ketelusan Harga Ubat antara lain mewajibkan perkhidmatan kesihatan swasta mempamerkan harga ubat sedang diteliti Pejabat Peguam Negara. Armizan berkata perintah itu selaras dengan resolusi Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada Mei 2019, menggalakkan kerajaan di seluruh dunia mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin ketelusan harga ubat kepada pengguna. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) menyarankan pengamal perubatan am (GP) agar tampil secara kolektif dengan satu kertas pendirian berasaskan data, kajian dan amalan terbaik antarabangsa berkaitan isu meletakkan harga ubat-ubatan.

Exco MACFEA Profesor Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata sebagai barisan hadapan dalam sistem penjagaan kesihatan negara, GP seharusnya menjawab isu sebegini dengan pendekatan berdasarkan fakta dan penjelasan saintifik.

Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja akan memperkukuh kedudukan GP dalam wacana dasar kesihatan negara malah dapat meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem perubatan swasta di Malaysia.

“Sebarang kebimbangan mengenai implikasi pendedahan harga ubat seperti kesan kepada model perniagaan klinik swasta, variasi kos logistik dan perolehan serta perbezaan formulasi ubat harus disampaikan secara telus dan bertanggungjawab agar dapat meyakinkan pihak kementerian serta rakyat Malaysia.

“Ketelusan dalam kos kesihatan adalah satu aspek penting dalam memastikan keadilan kepada pengguna,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, MACFEA juga menyokong sepenuhnya usaha murni kerajaan yang berusaha meningkatkan ketelusan harga dalam sektor perubatan swasta selaras dengan prinsip menekankan kebertanggungjawaban, integriti dan keadilan sosial.

Beliau berkata langkah itu bukan sahaja membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bermaklumat tetapi juga mengurangkan risiko manipulasi harga dan ketidaktelusan dalam kos rawatan. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Bahan kimia dalam plastik dikaitkan dengan kematian akibat penyakit jantung
Next: Dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma di Grolite

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.