Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Harga RON97 turun 10 sen 
  • SEMASA

Harga RON97 turun 10 sen 

Utusan Sarawak 3 months ago
JAGA KEBAJIKAN RAKYAT… Kerajaan memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah proaktif demi rakyat.

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM3.28 seliter, manakala diesel di Semenanjung turun tujuh sen kepada RM3.06 seliter bagi tempoh 13 hingga 19 Mac ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter, sementara harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

MOF menjelaskan penetapan harga tersebut dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: AirBorneo ambil alih keseluruhan tenaga kerja MASwings, termasuk juruterbang, jurutera
Next: MA63: Kerajaan Madani selesai tunai sembilan tuntutan setakat ini – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.