Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tertinggi baharu
  • BISNES

Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tertinggi baharu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
HARGA emas ketika ini berada pada sekitar AS$3,404.40, setakat pukul 1200GMT. Foto Bernama.

ISTANBUL: Harga emas mencatat paras tertinggi baharu pada Isnin, apabila satu auns mencecah AS$3,405.19 susulan ketidaktentuan dalam perdagangan global yang mendorong peningkatan permintaan terhadap “aset pelaburan selamat”.

Menurut Anadolu Ajansi, harga emas ketika ini berada pada sekitar AS$3,404.40 setakat pukul 1200GMT, selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

Kenaikan lebih 2.3 peratus pada harga emas pada Isnin itu dipacu oleh kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan konflik perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia terus memuncak.

Kecenderungan bank pusat untuk menurunkan kadar faedah turut menyumbang kepada peningkatan harga emas, selepas Bank Pusat Eropah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas minggu lalu.

Lonjakan harga emas semakin ketara selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif “timbal balik” terhadap lebih 180 negara pada 2 April.

-Bernama-Anadolu

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Cahya Mata raih kontrak reka, bina pusat konvensyen bernilai RM550 juta
Next: Abang Johari hadir serikan jamuan Aidilfitri SSWF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.