Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Harden tinjau bengkel hari kedua
  • TEMPATAN

Harden tinjau bengkel hari kedua

Utusan Sarawak 5 years ago
TINJAU… Datuk Francis Harden Hollis sedang meninjau proses perbincangan Lab 1 Kumpulan Simanggang pada hari kedua penganjuran Bengkel Pertama Pelan Induk Projek Pembangunan SADA di sini Khamis lepas.

SIMANGGANG: Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis telah meninjau perkembangan hari kedua Bengkel Pertama Pelan Induk Projek Pembangunan Jawatankuasa Pembangunan Sri Aman (SADA) di sini Khamis lepas.

Kehadiran beliau pada hari kedua bengkel tersebut adalah untuk meninjau sendiri proses perbincangan Lab 1 Kumpulan Simanggang bagi tujuan penerbitan pelan induk pembangunan untuk jawatankuasa berkenaan.

“Kumpulan Simanggang berkenaan telah pun melalui proses perbincangan amat serius bagi merungkai dan mengenal pasti pelbagai masalah pembangunan yang wujud di Bahagian Sri Aman.

“Saya berharap kumpulan ini sebaik bolehnya dapat mengenal pasti semua masalah pembangunan di kawasan kita sebelum ia dibawa ke Lab 2 bagi tujuan perincian dan pertimbangan mengikut keutamaan kelak,” kata beliau.

Beliau juga berasa bangga terhadap penglibatan para peserta dalam bengkel ini memandangkan ia secara tidak langsung dapat membantu kerajaan mengenal pasti masalah rakyat Bahagian Sri Aman di peringkat akar umbi.

Penglibatan mereka dalam usaha ini kata Harden, secara tidak langsung akan dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di Bahagian Sri Aman ke arah mendukung visi Sarawak negeri maju dalam Malaysia menjelang tahun 2030.

“Justeru saya berharap agar kesemua peserta berusaha sebaik boleh untuk mengenal pasti masalah yang membelenggu rakyat agar penerbitan pelan induk SADA itu nanti dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup mereka dalam tempoh 10 tahun akan datang,” kata Harden.

Terdahulu seramai 147 orang pemimpin masyarakat telah menyertai Bengkel Pertama Pelan Induk Projek Pembangunan SADA selama tiga hari yang bermula pada Rabu lepas di sebuah hotel dalam bandar ini.

Pengerusi SADA, Dato Sri Rohani Abdul Karim telah pun merasmikan hari pertama bengkel tersebut sambil disaksikan oleh Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Malcom Mussen Lamoh, Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan, ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, ADUN Lingga, Simoi Peri, Ahli Dewan Negara, Senator Susan Chemerai Anding, Residen Sri Aman, Indit Bangai, para ketua jabatan dan Ketua Masyarakat di sini.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Program pertama SIA kini dibuka
Next: Peruntukan Kerajaan Pusat percepat pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.