Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Harden mahu cungkil bakat baharu bola keranjang
  • SUKAN

Harden mahu cungkil bakat baharu bola keranjang

Utusan Sarawak 5 years ago
UNTUK ALBUM… Datuk Francis Harden Hollis dan tetamu merakam gambar kenangan bersama pemenang bagi Kejohanan Bola Keranjang Piala Datuk Francis Harden Hollis di Mini Stadium MDSA, Bandar Simanggang malam kelmarin.

KEJOHANAN Bola Keranjang Piala Datuk Francis Harden Hollis yang ditangguh pada pertengahan Oktober lepas ekoran penularan kes pandemik Covid-19 di Simanggang sebelum ini telah disambung kembali minggu lepas.

Pertandingan yang melibatkan sejumlah 10 pasukan itu menyaksikan Infiniti muncul johan setelah berjaya menumpaskan Golden Cafe pada aksi akhir yang berlangsung di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman malam kelmarin.

Manakala, Mamba pula meraih kedudukan tempat ketiga pada sambil tempat keempat milik pasukan Handsome.

Hadiah berupa piala kemenangan dan pingat telah disampaikan oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis sekali gus menutup rasmi kejohanan.

Beliau ketika berucap pada majlis itu mengucapkan syabas kepada pihak penganjur iaitu Chung Hua Basket Ball Club kerana berjaya menganjurkan pertandingan berkenaan.

Harden yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang memberitahu bahawa beliau mempunyai harapan tinggi untuk mempelbagaikan kejohanan berkenaan masa akan datang.

“Buat masa kini saya menyimpan harapan tinggi untuk menyaksikan penganjuran Pertandingan Bola Keranjang di Bandar Simanggang yang melibatkan penyertaan peserta dari pelbagai peringkat umur dan pasukan dari bahagian lain dalam negeri ini.

“Paling penting sekali ialah mengangkat martabat sukan bola keranjang di bandar ini. Cungkil bakat mereka menerusi pertandingan bagi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang,” kata beliau.

Harden turut mengajak remaja Bumiputera untuk berkecimpung dalam sukan bola keranjang agar dapat dijadikan sebagai aktiviti dari masa ke semasa.

Hadir sama Temenggong Kueh Aik Seng, Pemanca Lee Siang Hua, Penghulu Tiong Chong Onn dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Bola Keranjang Piala YB Datuk Francis Harden Hollis, Voon Yik Kuan.

Beliau pada majlis itu turut menyerah cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang sebanyak RM85,000 kepada empat kelab dan persatuan di bandar ini.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Pemimpin sukan sokong penambahbaikan SOP
Next: Kedah yakin mara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.