Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hampir 5.8 juta orang hilang tempat tinggal akibat perang di Sudan
  • GLOBAL

Hampir 5.8 juta orang hilang tempat tinggal akibat perang di Sudan

Utusan Sarawak 2 years ago
PENDUDUK Sudan dari wilayah Darfur mengangkut barang meninggalkan kediaman mereka susulan konflik di negara itu, merentas sempadan antara Sudan dan Chad di Anre, 4 Ogos lalu.

KHARTOUM: Pertubuhan Migrasi Antarabangsa PBB (IOM) semalam mendedahkan bahawa hampir 5.8 juta orang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar Sudan akibat konflik berpanjangan antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

“Matriks Penjejakan Orang Tersingkir (DTM) Sudan menganggarkan bahawa 4,551,795 individu telah dipindahkan secara dalaman,” menurut IOM dalam kemas kini terbaharunya, lapor Xinhua.

Konflik itu juga telah menyebabkan pergerakan rentas sempadan 1,237,103 individu ke negara-negara jiran iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Sudan Selatan dan Ethiopia.

Sudan telah menyaksikan pertempuran berdarah antara SAF dan RSF di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,000 kematian manakala lebih 6,000 lagi cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Sudan. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Kelayakan Piala Dunia: Messi belum pasti diturunkan aksi menentang Paraguay
Next: Konflik Palestin-Israel: 338,000 penduduk tinggalkan kediaman di Gaza – PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.