Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hampir 200 Tabika Perpaduan perlu dibaik pulih tahun in – JPNIN
  • SEMASA

Hampir 200 Tabika Perpaduan perlu dibaik pulih tahun in – JPNIN

Utusan Sarawak 3 months ago

TUMPAT: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengenal pasti hampir 200 buah Tabika dan Taska Perpaduan di seluruh negara yang perlu dibaik pulih dan diselenggara segera, tahun ini.

Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Che Roslan Che Daud, berkata sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 untuk kerja baik pulih Tabika dan Taska Perpaduan yang berdepan dengan masalah kerosakan dan sebagainya.

“Tabika dan Taska Perpaduan ini mempunyai standard fasiliti yang berbeza-beza dan pelbagai. Ada yang disewa dan ada dibina sendiri malah ada bangunan berkeadaan sangat baik.

“Jadi, apabila program turun padang dilaksanakan keadaan bangunan dapat dilihat dan dinilai untuk tujuan pembaikan bagi membolehkan murid-murid Tabika dan Taska Perpaduan dapat belajar secara kondusif,” katanya kepada pemberita selepas Program Santuni MADANI di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, semalam.

Beliau, berkata purata 10 hingga 15 Tabika atau Taska bagi setiap negeri yang perlu diberikan keutamaan, dengan terdapat 12 Tabika Perpaduan di Kelantan perlu dibaik pulih dengan kadar segera.

Pada majlis itu, Che Roslan turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Lilbanat Siti Aminah dan Bakul Rahmah kepada golongan asnaf. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Abang Johari terima dua kunjungan hormat
Next: UKAS kini Ahli Institut Akhbar Malaysia (MPI) 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.