Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Hairol penyelamat Kuching City FC
  • SUKAN

Hairol penyelamat Kuching City FC

Utusan Sarawak 4 years ago
GOL… Hairol Mokhtar menanduk masuk bola hasil hantaran sepakan sudut daripada Joseph Kallang Tie pada minit ke-30 untuk mengikat Terengganu FC II 1-1.

JARINGAN Mohd Hairol Mokhtar pada minit ke-30 menyelamatkan Kuching City FC daripada tewas kepada Terengganu FC II pada perlawanan pertama Liga Premier 2021 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah Terengganu malam semalam.

Pemain pertahanan Kuching City FC itu menanduk masuk bola hasil hantaran sepakan sudut daripada Joseph Kallang Tie untuk mengikat tuan rumah itu 1-1.

Terdahulu, pemain sayap, Amirul Syazwan Nor Azmi menjaringkan gol pada minit ke-19 menerusi sepakan percuma cantik bagi membolehkan Terengganu FC II membimbing perlawanan.

Awal permainan memihak kepada anak-anak buah Irfan Bakti yang lebih mendominasi bahagian tengah, namun dikejutkan dengan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-19.

Berpunca sepakan percuma di sebelah kanan, pemain sayap, Amirul Syazwan Nor Azmi bijak melencongkan bola menewaskan penjaga gol Kuching City FC, Mohd Iqbal Suhimi.

Ketinggalan satu gol, skuad The City Boys terus menggandakan serangan menyaksikan percubaan Joseph Kallang Tie dihalang pertahanan lawan untuk sepakan sudut.

Hasilnya, sepakan diambil Joseph itu berjaya menemui pemain pertahanan, Mohd. Hairol Mokhtar yang menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-30.

Babak kedua disambung dengan kedua-dua pasukan memulakan serangan menerusi Joseph pada minit ke-50, dan sepakan Amirul Syazwan yang ditepis Mohd Iqbal lima minit selepas itu.

Aksi hambar kemudian disajikan ketika aksi berlangsung satu jam dengan Terengganu FC II dilihat merasai ketiadaan tonggak, Jordan Mintah dan Marcel N’Guessan.

Kemasukan penyerang gantian, Wan Mohd. Fazli Wan Ghazali juga gagal mengubah jaringan dan kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Pandang serius kecergasan atlet
Next: ‘Gegarkan’ kembali bola sepak Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.