Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hab kereta api terbesar Asia kembali beroperasi
  • GLOBAL

Hab kereta api terbesar Asia kembali beroperasi

Utusan Sarawak 3 years ago

MEGAH…Dengan keluasan hampir 400,000 meter persegi, atau seluas 56 padang bola sepak, Stesen Kereta Api Fengtai merupakan yang terbesar di Asia.

BEIJING: Hab kereta api penumpang terbesar di Asia kembali beroperasi di Beijing pada Isnin selepas empat tahun melalui kerja-kerja pembinaan semula.

Dengan keluasan hampir 400,000 meter persegi, atau seluas 56 padang bola sepak, Stesen Kereta Api Beijing Fengtai kini mempunyai 32 landasan kereta api dan 32 platform serta mampu menampung sehingga 14,000 penumpang sejam, lapor Xinhua.

Terletak di daerah Fengtai di selatan Beijing, stesen kereta api tertua yang dibina pada 1895 itu menyediakan perkhidmatan penumpang dan pengangkutan sebelum ditutup pada 2010.

Pembinaan semula stesen itu bermula pada 2018.

Selain penambahan infrastruktur kemudahan, stesen itu turut berwajah baharu dengan mengadaptasi pelbagai reka bentuk seni bina tradisional Cina.

Ia juga merupakan stesen kereta api pertama di negara ini yang mempunyai struktur dua dek, dengan menyediakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi dan biasa.

Pengendali stesen memaklumkan sebanyak 120 kereta api akan beroperasi di peringkat awal perkhidmatan.-Bernama

Continue Reading

Previous: Dua maut, tujuh cedera letupan di Afghanistan
Next: Tentera Sri Lanka lepas tembakan kawal rusuhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.