Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Guru selamat kereta berpusing lapan kali
  • TEMPATAN

Guru selamat kereta berpusing lapan kali

Utusan Sarawak 5 years ago
SELAMAT… Kenderaan seorang guru wanita berpusing sebanyak lapan kali sebelum terbabas di Jalan Pan Borneo Betong – Saratok.

BETONG: Nyawa seorang guru wanita yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kebuaw Dalat nyaris melayang apabila kenderaan yang dipandunya berpusing sebanyak lapan kali sebelum terbabas di Jalan Pan Borneo Betong- Saratok berdekatan Maja Padeh, Ahad lalu.

Dalam kemalangan kendiri yang berlaku sekitar 2.00 petang itu, guru wanita yang berasal dari Kampung Rayang, Serian berkenaan bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong PBK I Henry Ak Jugah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.06 petang.

“Setibanya pasukan bomba ditempat kejadian, didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan Perodua Myvi berwana hitam yang dipandu  mangsa yang datang dari arah Serian dalam perjalanan pulang ke SK Kampung Kebuaw Dalat berpusing lapan kali di jalan raya tersebut.

“Mangsa didapati mengalami cedera ringan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam, dan diserahkan kepada pasukan bomba untuk rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Betong untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, seramai 10 anggota bomba yang diketuai oleh PBK II Jusmandie Jamaie dikerahkan ke lokasi kejadian itu semalam.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kejadian itu,” ujar Henry.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Jangan percaya naratif palsu DAP
Next: Pemandu lori terperangkap, kelindan selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.