Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Guru jadi inspirasi pelajar bentuk jati diri dan masa depan
  • PENDIDIKAN

Guru jadi inspirasi pelajar bentuk jati diri dan masa depan

Utusan Sarawak 5 hours ago
BRYAN Ingkas Lating bersama guru Bahasa Melayu yang banyak memberi inspirasi serta membentuk keyakinannya dalam akademik dan kehidupan.

KUCHING: Guru dan pensyarah bukan sekadar penyampai ilmu, sebaliknya menjadi insan penting yang membentuk jati diri, nilai serta hala tuju kehidupan pelajar.

Tinjauan Utusan Sarawak sempena sambutan Hari Guru mendapati pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berkongsi kisah bagaimana pendidik mereka memberi kesan besar dalam kehidupan, sama ada melalui sokongan akademik, bimbingan emosi mahupun inspirasi kehidupan.

Bagi pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Bryan Ingkas Lating, 20, guru Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Cikgu Floria Sabeng menjadi individu yang banyak memberi inspirasi serta membentuk keyakinan dirinya untuk terus mengejar impian.

Menurutnya, guru tersebut bukan sahaja melihat potensi dalam dirinya, malah sentiasa memberi dorongan walaupun selepas tamat persekolahan.

“Saya masih ingat beliau menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah ketika saya menerima keputusan SPM, walaupun ketika itu saya berada di luar negara,” katanya.

AUDREY Nangku Henry Ilon menyifatkan guru, pensyarah dan dekan sebagai insan penting yang banyak membantu dalam kehidupan di kampus.

Sementara itu, pelajar Kolej Universiti i-CATS, Audrey Nangku Henry Ilon, 24, menyifatkan tiga pendidiknya termasuk guru sekolah, pensyarah dan dekan sebagai insan penting dalam kehidupannya.

Menurutnya, sikap prihatin dan kesediaan mereka mendengar masalah pelajar menjadikan proses pembelajaran lebih selesa dan bermakna.

“Mereka bukan sahaja mengajar, tetapi juga menjadi tempat saya berkongsi masalah ketika melalui saat sukar,” katanya sambil menyifatkan mereka seperti ibu di kampus.

CARENCE Hetrice Quindlen Leo berkata pendidiknya banyak memberi sokongan akademik dan motivasi ketika berdepan tekanan pengajian.

Bagi Carence Hetrice Quindlen Leo, 22, juga dari i-CATS, para pendidiknya banyak membantu dalam memberikan bimbingan akademik serta sokongan moral terutama ketika berdepan tekanan pengajian.

“Mereka sangat sabar, sentiasa membantu dan tidak pernah jemu memastikan pelajar memahami pelajaran,” katanya.

Tambahnya, sokongan berterusan itu membentuk dirinya menjadi lebih berdisiplin, berusaha dan yakin dalam mencapai matlamat hidup.

AWIN Bangau menyifatkan pensyarahnya sebagai individu yang sentiasa memberi sokongan dan tidak lokek ilmu kepada pelajar.

Seorang lagi pelajar i-CATS, Awin Bangau, 23, menyifatkan pensyarahnya sebagai individu yang sentiasa memberi sokongan walaupun di luar waktu pembelajaran.

“Beliau sangat memahami pelajar, tidak lokek ilmu dan sentiasa memberi semangat supaya kami tidak mudah berputus asa,” katanya.

Menurutnya, nilai kejujuran dan disiplin yang diterapkan banyak membentuk peribadinya sehingga kini.

EVA Thania Noel menjadikan bapanya yang juga seorang guru sebagai sumber inspirasi utama dalam kehidupan dan pembentukan jati diri.

Tidak ketinggalan, pelajar i-CATS, Eva Thania Noel, 21, berkata guru paling memberi inspirasi dalam hidupnya ialah bapanya sendiri yang juga seorang pendidik.

Menurutnya, bapanya bukan sahaja mengajar tentang pelajaran, malah membentuk dirinya menjadi individu yang lebih tabah dan bertanggungjawab.

“Beliau mengajar saya erti ketabahan, kerja keras dan tidak mudah berputus asa walaupun berdepan kegagalan,” katanya.

Eva berkata, pengalaman melalui tekanan dan kegagalan menjadikannya lebih kuat hasil dorongan berterusan daripada bapanya sejak kecil.

Secara keseluruhan, semua responden sepakat bahawa guru dan pendidik bukan sekadar mengajar di dalam kelas, sebaliknya menjadi pembimbing yang membentuk nilai, karakter dan masa depan pelajar.

Oleh Adele Rissa

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Guru ibarat kompas di tengah lautan maklumat
Next: Pelajar IPT kongsi cara hargai jasa guru sempena Hari Guru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.