Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pelajar IPT kongsi cara hargai jasa guru sempena Hari Guru
  • PENDIDIKAN

Pelajar IPT kongsi cara hargai jasa guru sempena Hari Guru

Utusan Sarawak 6 hours ago
DOMINIC Ingai berkata penghargaan paling bermakna kepada guru ialah kejayaan anak didik dalam kehidupan.

KUCHING: Sambutan Hari Guru terus dilihat sebagai platform penting bagi pelajar menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan pendidik yang banyak membentuk kehidupan mereka sejak di bangku sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati pelajar IPT bukan sahaja menghargai guru melalui hadiah atau ucapan, malah turut melihat kejayaan diri sendiri sebagai tanda penghargaan paling bermakna kepada pendidik mereka.

Bagi pelajar Kolej Universiti i-CATS, Dominic Ingai, 25, penghargaan terhadap guru boleh dizahirkan melalui ucapan ikhlas, hadiah kecil serta sikap hormat terhadap ilmu yang dicurahkan.

Menurutnya, kejayaan anak didik juga merupakan bentuk penghargaan paling besar kepada seorang guru.

“Penghargaan yang paling bermakna ialah apabila pelajar berjaya dalam kehidupan mereka. Itu sebenarnya lebih bernilai daripada hadiah mahal,” katanya.

Nada sama turut dikongsi pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Debra Setty Anyan, 20, yang berpendapat kejayaan pelajar merupakan hadiah paling bermakna buat seorang guru.

DEBRA Setty Anyan melihat kejayaan pelajar sebagai hadiah paling bernilai buat guru.

Beliau berkata, guru sanggup berkorban masa dan tenaga tanpa mengharapkan balasan, justeru penghargaan perlu dizahirkan dengan cara yang tulus.

“Saya rasa tidak ada yang lebih menggembirakan seorang guru selain melihat anak murid mereka berjaya mencapai impian,” ujarnya. 

Sementara itu, pelajar i-CATS, Kacey Naja Kevin Nila, 19, berkata sambutan Hari Guru di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi sering diraikan melalui kejutan kecil sebagai tanda penghargaan kepada pendidik.

Menurutnya, beliau pernah menghadiahkan kad tulisan tangan dan cawan sebagai tanda terima kasih kepada guru.

KACEY Naja Kevin Nila pernah menghadiahkan kad tulisan tangan dan cawan sebagai tanda terima kasih kepada guru.

“Bagi saya, kejayaan pelajar, ucapan terima kasih dan doa adalah bentuk penghargaan paling bermakna,” kongsinya. 

Beliau menambah, guru bukan sahaja menjadi pendidik, malah berperanan sebagai pembimbing, ikon teladan dan ‘ibu bapa kedua’ kepada pelajar.

Bagi seorang lagi penuntut Kolej Universiti i-CATS, Alissa Sofea Alwi, 23, penghargaan terhadap guru tidak semestinya datang daripada hadiah mahal, sebaliknya lebih bermakna melalui ucapan ikhlas dan perubahan positif dalam diri pelajar.

ALISSA Sofea Alwi menekankan penghargaan boleh dizahirkan melalui ucapan ikhlas dan perubahan positif pelajar.

Menurutnya, beliau lebih selesa menyampaikan penghargaan secara peribadi kerana guru sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mendidik pelajar setiap hari.

“Kadang-kadang, ucapan ringkas atau nota kecil sudah cukup bermakna buat seorang guru,” katanya.

Tambahnya, penghargaan paling besar ialah apabila pelajar berjaya membentuk karakter, keyakinan dan nilai diri hasil didikan guru.

Secara keseluruhan, semua responden sependapat bahawa Hari Guru kekal relevan dalam dunia pendidikan hari ini kerana ia bukan sahaja meraikan pendidik, malah mengingatkan pelajar tentang pentingnya menghargai jasa mereka yang membentuk masa depan generasi muda.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Guru jadi inspirasi pelajar bentuk jati diri dan masa depan
Next: ‘Tuhan tidak pernah membebankan kita’ — kata-kata guru paling diingati Abdullah Saidol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.