Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Merapi meletus, lahar bergerak 1,500 meter
  • GLOBAL

Gunung Merapi meletus, lahar bergerak 1,500 meter

Utusan Sarawak 7 months ago

Gunung Merapi di Indonesia meletus, muntahkan lahar.

JAKARTA: Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi, mengeluarkan 21 aliran lahar ke arah barat daya pada Khamis, menurut Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi, lapor Xinhua.

“Aliran lahar bergerak menuju Kali Bebeng, mencapai sehingga 1,500 meter,” kata Ketua Pusat, Agus Budi Santoso.

Pusat itu menggesa orang ramai untuk mengelakkan sebarang aktiviti di zon bahaya yang mungkin terjejas oleh aliran lahar dan awan panas.

“Data pemantauan menunjukkan aliran lahar masih berterusan, yang boleh mencetuskan awan panas dalam kawasan berpotensi bahaya,” kata Santoso.

Zon bahaya meliputi sehingga tujuh kilometer (km) di sektor selatan-barat daya dan tiga kilometer ke tenggara gunung berapi. 

Sekiranya berlaku letusan letupan, bahan gunung berapi boleh mencapai sehingga tiga kilometer dari puncak.

Terletak di Jawa Tengah dan Yogyakarta, gunung berapi setinggi 2,968 meter ini kini berada di Tahap III, atau status waspada. – BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Lapan maut hospital di Taiwan terbakar
Next: Keadaan di Asia Barat sugul, tiada jalan penyelesaian secara diplomatik setakat ini – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.